Jadual Penutupan Berjadual 2023
Penutupan Sementara Bekalan Air (Berjadual)
Dalam usaha untuk menambahbaik aset dan infrastruktur bekalan air, SAINS telah menetapkan satu tarikh bagi penutupan bekalan air berjadual untuk setiap bulan.
Ini bertujuan untuk mengurangkan kekerapan gangguan bekalan air akibat daripada penutupan yang dirancang. Kerja-kerja seperti pencucian, penyelenggaraan tangki, rumah pam, kolam, empangan dan juga pengalihan paip air akan dilaksanakan pada tarikh tersebut bagi menambahbaik dan meningkatkan mutu bekalan air kepada pengguna.
Walaubagaimanapun, tarikh perlaksanaan penutupan adalah tertakluk kepada pindaan terkini. Untuk makluman juga, SAINS akan sentiasa mengemaskini dan memaparkan notis-notis berkenaan penutupan sementara bekalan air bagi memudahkan para pengguna membuat persediaan awal.
Cadangan tarikh penutupan adalah seperti berikut:
Bil |
Tarikh Penutupan |
Hari |
Status |
1. |
31 Januari 2023 |
Selasa |
Telah dilaksanakan. |
2. |
21 Februari 2023 |
Selasa | Tiada penutupan. |
3. |
23 Mei 2023 Dipinda kepada 15 Mei 2023 |
Isnin | Telah dilaksanakan. |
4. |
13 Jun 2023 |
Selasa | Telah dilaksanakan. |
5. |
11 Julai 2023 |
Selasa | Telah dilaksanakan. |
6. |
15 Ogos 2023 |
Selasa | Belum dilaksanakan. |
7. | 12 September 2023 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
8. | 10 Oktober 2023 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
9. | 14 November 2023 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
10. | 12 Disember 2023 | Selasa | Belum dilaksanakan. |
Nota i : Tiada penutupan berjadual pada bulan Mac dan April 2023.
Nota ii : Tarikh penutupan tertakluk kepada perubahan semasa.