Maklumat Syarikat

sains-logo

Syarikat Air Negeri Sembilan Berhad (SAINS) telah diperbadankan sebagai syarikat awam di bawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 pada 15 Mac 2007. Pada 19 September 2008, SAINS telah bertukar menjadi sebuah syarikat persendirian dengan nama Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd . SAINS telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih peranan dan fungsi pengurusan sistem bekalan air di Negeri Sembilan daripada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) mulai 1 Januari 2009. SAINS dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan (Perbadanan) atau Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporation (MBI). SAINS adalah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dibawah Seksyen 9 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006). Disamping memastikan bekalan air yang berkualiti untuk seluruh warga Negeri Sembilan. SAINS juga akan terus menambahbaik mutu perkhidmatannya kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan.


Tanggungjawab SAINS meliputi:
• Pengeluaran dan pengagihan air terawat kepada pengguna dalam kawasan agihan
• Menyelenggara setiap infrastruktur baru dan penambahbaikan operasi
• Membangunkan sumber air mentah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Casino sites http://gbetting.co.uk/casino with welcome bonuses.