24 April 2025 – Pelepasan misi bantuan lori tangki SAINS ke Pulau Pinang. Pelepasan telah dilakukan oleh Pengurus Besar Kewangan dan Perkhidmatan Korporat mewakili YBhg Dato’ KPE. SAINS telah menghantar 2 buah lori tangki berkapasiti 800 gelen bersama empat orang kakitangan dari SAINS Rembau dan Tampin. Misi bantuan ini dilakukan berikutan kerja-kerja penutupan air berjadual yang dilaksanakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada 25 April 2025. Sebagai rakan operator air, ia merupakan salah satu tanggungjawab korporat SAINS untuk membantu disamping memupuk semangat kebersamaan di antara semua rakan operator air. Semoga misi berjalan dengan lancar dan kakitangan SAINS pulang dengan selamat.